Tuesday, 20 December 2011

Telur Rebus

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan
ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak.

Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.

Aku pun taktahukenapa aku suka makan telur rebus,
sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila
telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur
rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku
ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..
sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah
tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik
kerja,tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini
aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur
rebus lah..

akupun makan nasi dengan telur rebus..lepastu aku
order telur rebus lebih lagi untuk diratah.

Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti.

Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah
balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap
dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku
tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke
meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan
jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak
pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang
ditahan sekian lama..

Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler
berapa biji telur tah aku bedal tadi...

Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah
punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya
PROOOTTT!! ..

fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau
dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang
sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang
sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi...

hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi
ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku
bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT! !!!...

Fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup
hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat
5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!'
dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa
birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku
buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!. ?

Jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak
mertua aku.'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama..

Sebelum kentut pertama lagi

16 comments:

LaLa mhdnor said...

hahahaha
bongok betul la...

Unknown said...

@Lala....hehe..terbaik

Unknown said...

hahhaa.. mu betul2 dah kawen ka? ke lawak copy ni? hahaha..agak sengal

Naqibah said...

Haha, series malu.

Unknown said...

@Nana Leina....uishh x dak lah..saya baru 17.....ni pinjam dari kwn fb...hehe

@Naqibah.....tu la pasai

Arra Ahmad said...

sengal..haha

Unknown said...

@Arra.....yup betoi

misyamissyou said...

sengal betul dia..kalau kentut tu agak2 la..w/pn xde org hahaha

Unknown said...

@misya....kepuasan dia kot...haha

Unknown said...

ahahaha..kira kamu adik la..saya kakak.. hohoho.. lawak sengal..

Anonymous said...

hahaha...sengal..segan siot...

nia marlissa said...

malunye.. penah baca dah cte nih dekt mne dah lupa

TiNurSya said...

eee! tak senonoh. tak malu betul. HAHA :D

Unknown said...

@nia...haha..ni pown saya pinjam kt kwn fb

@syieda...haha..terbaik la kak

Anonymous said...

hahahahaha..
lawak abiss...
kalau lah aku

perhhh malu glew

Unknown said...

semestinya malu...hehe