Friday, 9 December 2011

Lawak Pendek 5

 Pesan Nasi Goreng Ayam

Pelanggan: "Tolong beri saya nasi goreng ayam."

Pelayan: "Dengan senang hati, sekejap lagi sampai"

Pelanggan: "Tidak, dengan teh ais saya nak minum."

Pelayan (dalam hati): "Cis !! Loyar buruk ke, tak paham apa yang aku bahasakan".



Bangkai Gajah

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.





Terkesima

Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 15 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya.

Isteri: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

Suami: "Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."

6 comments:

cik pinaz said...

mula nasi goreng ayam .. tiba tiba gajah mati dh tu .. bini pulak .. lawak apakah ini ?

Farid said...

baca lain ya kak....tadik error prob

cik pinaz said...

bukan cerita tu yg lawak tapi org yg taip tu yg lawak .. hahaha :p

Farid said...

haha...tu la pasai...tadik x preview dulu...terus post...tngok2 semua rapat2....haha...bleh jadik calon raja lawak x...hehe

Teenager Housemaid said...

lawak yg agak kesngalan..;p

Farid said...

ya betoi.....lawak bengong